Assalamualaikum and heyy to all
bloggers ~~~~ Meerul haritukan ada cerita pasal "About Me And MHS"
kan....tapi tu tak habis lagi...tu baru 6/10....harini Meerul nak habiskan :D
. . Pada hari Sabtu, bersamaan dengan
Meerul duduk di asrama selama seminggu,Abang Form5 pun buatlah
aktiviti...Aktiviti ini dijalankan pada pagi .
Aktiviti ni dijalankan di padang sekolah . Mula-mula jea kitorang masuk
padang....kitorang nampak abang2 form 5 bawak tepung,air,belon,batu-bata dan
lain-lain . Beberapa minit kemudian, SPLASSSHHHHHH!!!! sorang-sorang kene
baling belon air -.- ..... Kami
dibahagikan kepada beberapa kumpulan .
Ahli kumpulan Meerul ialah Danial Haiqal ( MAMA ) , Alif Aiman , Aiman Rosman
dan Aiman Nabil . Aktiviti memang bestt !!! Antara aktiviti yang dijalankan
ialah masukkan air tepung ke dalam botol, main batu-bata , main lari-lari dan
lain-lain . Yang paling Meerul tak boleh lupakan 1 aktiviti nih.... Mula-mula
semua orang kena putar bumi sebanyak 5 kali ( Pening xD ) then lari straight, masukkan
air tepung yang berada di dalam baldi ke dalam mulut, lepas tuu lari balik kat tempat ada botol and masukkan air tepung ke dalam botol
tersebut . Kawan Meerul, Danial Haiqal tu, dia terjatuh xD lepas putar bumi
semasa lari ..... Dah la badan dia besar :D olahraga lontar peluru O.O
peringkat kebangsaan.... Yang paling
best sekali, team Meerul dianugerahkan
tempat 1st oleh abang-abang form5 .... yang kitorang pelik, ada team yang lagi
layak , tapi diorang x dapat .....
Beberapa hari kemudian, Meerul diberi berita yang amat gempak.. Kami
diberitahu bahawa kami akan menghadapi PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah
. Meerul ingat dah takde PMR dah
menyenangkan hidup, ni ada pulak PBS ==" . Meerul ingatkan senang jea PBS
tuu , tapi memanglah menyusahkan .... Semua eviden atau kertas yang Meerul
telah buat akan disimpan di pejabat .
Kalau pejabat sekolah terbakar ??? Sudah menyusahkan Form 1 jea :3 .
Beberapa
bulan kemudian, Meerul dan rakan-rakan form 1 kena minta tandatangan
Abang-abang form 5 yang ada kuasa... Contohnya .... Exco Surau, Exco Kebersihan
, Exco Bilik Belajar , Exco bilik gosok, Exco CC dan lain-lain.... Korang ingat
mintak tandatangan diorang tuuu senang?
Susah O.O... Macam-macam kena buat.... kira tingkap cermin laa, gosok
baju laa , basuh baju laa , kene pau duit laa , macam-macam laa >< Dah la banyak nak mintak tandatangan
diorang... Tujuan kami disuruh meminta tandatangan ini ialah untuk mengeratkan
hubungan Form 1 dan abang-abang Form 5 .
Tiba
sahaja bulan 7...ia bulan puasa :DDD memang best sangat bila tiba bulan
Ramadhan... Antara yang penghuni asrama suka ialah tiap-tiap minggu balik wajib
and balik asrama pun boleh lambat-lambat.... masa bulan puasa ni...budak-budak
asrama mesti ade jea bawak bekal dri
rumah ( lauk ) untuk makan mase sahur , termasuklah Meerul ... Sebelum subuh...
Lepas je ade org bangun mesti jea bukak lampu...then dia pergi sahur
sorang-sorang ( Sabri le tuu)....bila Meerul dah bangun jea mesti Meerul
kejutkan kawan yang tengah tidur...yang tidur balik lantak dia laahhhhh org dah
kejut...then meerul ketuk pintu bilik ( Pintu besi O.O ) dengan kuat n jerit
" Sahuuurrrr- Sahuuuurrrr" . Then Meerul pergi sahur -->
mandi --> solat --> siap-siap nak pergi sekolah --> pergi sekolah -->
balik sekolah --> solat zohor --> basuh baju --> prep --> solat
asar --> lepak dalam bilik maybe --> mandi --> berkumpul di Dataran
Perhimpunan --> tunggu till 10 minit sebelum berbuka --> masuk dewan
makan --> basuh tangan --> ada abang bacakan doa --> makan -->kenyang
:3 --> pergi surau --> solat Maghrib --> mengaji --> solat sunat
terawih --> prep --> solat isyak --> supper --> naik bilik -->
siap-siap nak tidur --> kacau kawan --> tidur ..... penat O.O
Pada tanggal 30 OGOS 2012, Meerul dan semua penghuni
asrama telah pergi ke Padang Dataran Pahlawan pada waktu malam...kira-kira
pukul 10.45 kami telah ke sana untuk memeriahkan lagi Sambutaan Hari
Kemerdekaan :D Kami berjiwa patriotisme :D
Tepat pada pukul 12 : 00 malam ... Meerul dan kebanyakkan rakyat MALACCA
menjerit MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! disambung juga dengan persembahan bunga
api selamaaaa.... lebih kurang 20 minit ade kott.... Berapa kotak lah yang
diorang gune :3 Ada juga pelancong dari
luar negara yang ada kat situ~ Kami pulang semula ke asrama pada pukul 1 ....
Ada jugak kawan Meerul yang hilang suara :3
Naik sudah Meerul ke Form 2 :D ... 1st day sekolah dah
kena pakai seluar putih and baju putih ber-Sleeves panjang.... Maklumlahh~~ Pengawas...
Tahun ni... Lain sikit sebab... Meerul dah tak duduk asrama lagi :D So ..... everyday
balik naik bas la~~~ Tapi PBS tetap
dijalankan ==" ....
Naik jea 3... Meerul dah kena pakai BLAZER...seriously
ianya BLAZER bukan vest atau coat atau ape je ah...
Kay tuu je la untuk post
kali ni...Kay BYE and Asslamualaikuum :D

Hye,meerul penulisan ko mesti 100% kan?aku baca kat sini pun dh macam baca buku cerita dh apa2 pun best blog :)
ReplyDeleteoh kay..thx xD name punn "The Story Of My Life"
DeleteAmboii..bagos2 dh mampu buad citer sndiri..naik besar anak mata aq bace nie...pape pn..mmng bez =)
ReplyDelete