Pada post yang first sekali, Meerul ada cerita kan tentang permohonan SBP ditolak . Then, Meerul pun masuk ke sekolah
MHS (Malacca High School). Meerul menjejakkan kaki di sekolah ini pada tahun
2011 iaitu semasa menghantar abang kawan baik meerul balik asrama . Kebetulan
haritu hari Ahad .
Pada 7/1/2012 iaitu tanggal orientasi. Itu merupakan langkah pertamaku ke arah mengenali abjad "MHS". MHS bermaksud "Meliora Hic Sequamur" yang bermaksud "Di Sini Terdidiknya Manusia" . Meerul ingat lagi mase 1st time masuk asrama,Meerul masuk asrama pada hari Ahad petang...memang best sebab 6 org dari sekolah rendah Meerul masuk asrama 1 best freind xD . Nama dorm/bilik di asrama ialah Unimap . 1 minggu orientasi dekat asrama dan sekolah . Lepas seminggu berlalu, kawanku dari sekolah lamaku keluar asrama, aww :( . Duduk asrama memang bosan sebab jadual dia sama jee... bangun pagi --> solat --> makan --> bersiap2 --> pergi sekolah--> balik sekolah--> solat --> makan --> bersiap untuk prep petang --> solat --> minum petang--> riadah(aq x) --> makan --> kuliah agama --> solat --> mengaji--> prep malam --> tuisyen --> solat --> supper--> get ready to sleep --> sleep tulah rutin dan jadual budak2 asrama tiap-tiap hari . Meerul bangun pagi pada pukul 4:30..(tau la awal) . Meerul jarang riadah sebenarnya...sebabnya Meerul menggunakan masa tu untuk membasuh baju . Bulan pertama ....basuh baju setiap hari...bulan berikutnya basuh hanya baju sekolah ke setiap hari..baju biasa tu..bawak balik rumah xD . Bulan pertama aku basuh baju dengan 2 kawanku iaitu Alif Aiman dan Aiman Rosman .
Pada bulan 2 , pihak pentadbir menyeru kepada semua pelajar MHS supaya melibatkan diri dalam aktiviti Kokurikulum iaitu sukan , kelab dan badan beruniform . Meerul melibatkan diri dalam Kelab Rukunnegara , sukan renang dan pancaragam . Meerul memasuki pancaragam kerana terpaksa . Ini kerana cikgu ada berkata bahawa pelajar asrama wajib menyertai pancaragam . Meerul memasuki renang kerana Meerul sudah lama melibatkan diri dalam sukan renang . Tentang kenderaan untuk ke kolam renang, Meerul hanya perlu jalan kaki 1 kilometer sahaja . Ini kerana , sekolah Meerul dan kolam renang hanya 1 kilometer . Bulan ini juga aku melibatkan diriku dalam Pertandingan Melukis Poster anjuran Kelab Seni.... Meerul masuk pun sebab nak sijil jea... Meerul sebenarnya tak reti nak melukis xD .
2 Bulan berikutan , Meerul dan rakan-rakan Meerul yang duduk asrama menyertai " Program Joging Bersama YAB Ketua Menteri Melaka . Warden kami yang menyuruh kami untuk join program tuu.... Kami berjoging sejauh 10km... Penat wooo... Tapi yang paling best sekali masa, ada akak nk berkenalan dengan Meerul :D Tapi masa tu Meerul tak mintak Facebook dia... Lupa == Hari itu merupakan hari Ahad... Jadi,kami outing lambat sikit :( .
Bulan berikutnya , aku dan beberapa pelajar MHS telah menyertai dan menjayakan " 7th Men's Junior Asia Cup 2012 pada 3-13 May 2012 di Stadium Hoki, Bukit Serindit, Melaka . Kitorang menjayakan pertandingan ni dengan memberi sokongan dan sorakkan kepada Pasukan Hoki dari Korea :D Macam gelikan orang lelaki jadi ahli pasukan sorak :D . Warden asramaku ada membuat LISA iaitu Liga Sukan Asrama . Liga yang ada hanya bola sepak sahaja . LISA merupakan aktiviti tahunan yang wajib dibuat . Semua penghuni asrama diwajibkan untuk menyertai liga ini . Meerul melibatkan diri dengan memasuki team bola yang bernama GEHA FC... Meerul dah terdesak sangat,so masuk jele . Geha FC ditubuhkan berasaskan nama gelaran rakanku . Team ni mendapat tempat yang terakhir xD Sooo Bad :D .
Hari berganti hari bulan berganti bulan , ada juga titik hitam yang memberi impak yang besar pada diriku...iaitu aq digelar " Mr. Bean " atau " Bean " . Ini kerana, muka Meerul serupa dan seiras seperti Rowan Atkinson atau juga dikenali sebagai Mr. Bean . Meerul digelarkan oleh abang Muhaimin yang sekarang form 3 . Waktu itu Meerul dalam perjalanan hendak menunaikan solat Asar secara berjemaah, Meerul sedang berjalan belakang abang Muhaimin dan die berkata " Mr. Bean " . Terdetik sahaja hatiku "Mesti dia ejek aku nih == " . Sejak dari itu, aku digelar Bean oleh semua rakan-rakanku yang kenalku .
Tiba sahaja bulan 6, sekolah Meerul ada temu ramah untuk pemimpin sekolah, Meerul pun malas sebab temu ramahkan...dahla ramai orang... Hari berikutnya, Cikgu Mustafa, selaku guru disiplin dan guru pengawas berjalan ditepiku... Dia menegurku "Eh awak nak jadi Pengawas? " Meerul pun macam erkk.. Dia menyuruh aku untuk masuk temu ramah tu...Meerul tak nak pun pergi temu ramah tu .
Hari berganti hari, selepas hari temu ramah itu, kebetulan kelasku pergi ke library sekolah... bila rakan kelasku pulang ke kelas,Meerul pun pulang... Bila nak keluar je pintu library..aku lalu sebelah Cikgu Mustafa lalu aku pun memberi salam... Selepas dia menjawab salamku, dia menahan Meerul... Dia bertanya " Kau ada apa-apa jawatan lagi"...Meerul pun berkata "Takde"... dia bertanya lagi " Kau nak masuk pengawas?" Meerul cakap "Nanti dulu la tanya mak" (saya anak mak :D) Dia bertanyakan aku tentang keputusan UPSR,bapak kerja apa,datang sekolah pukul berapa dan lain-lain. Dia suruh Meerul masuk pengawas...then Meerul pun kata "OK"... Dia menyuruh Meerul menunggu sebentar kerana ada perjumpaan pengawas yang baru dilantik . Aku dan rakan-rakanku yang terpilih menjadi pengawas pun menunggu . Selepas itu, Meerul dan rakan-rakanku yang lain terus pulang ke kelas. Semasa Meerul hendak duduk, kawan baik Meerul iaitu Alif Aiman berkata , "Tula lain kali jangan jadi budak baik sangat, kan dah kene xD " Meerul pun macam bersetuju dengan dia .
Pada bulan 7 , Meerul menaiki pentas dewan untuk mengambil warkah . Ada je mersyuarat selepas perhimpunan rasmi pada hari Isnin... Jadi pengawas bukanlah benda yang senang . Kalau pelajar duduk, pengawaslah yang kena berdiri . Pada bulan 8, ia merupakan waktu yang tidak bolehku lupakan, jam G-Shock pemberian bapaku hilang . Ia hilang pada hari khamis, selepas pulang dari sekolah, seperti biasa Meerul menunaikan solat Zohor di surau . Semasa Meerul mengambil wudhu', Meerul letak jam itu berhampiran dengan Meerul . Selesai Meerul mengambil wudhu' Meerul terus solat . Selepas selesai solat, Meerul terus ke dewan makan asrama . Selesai makan, baru Meerul teringat bahawa Meerul telah tertinggal jam di tempat wudhu' . Meerul terus bergegas ke surau untuk mengambilnya . Semasa Meerul sampai di surau, Meerul amat kecewa kerana jam itu sudah hilang . Meerul pulang ke dorm/bilik untuk mempersiapkan diri untuk mengaji . Meerul amat sedih :'( .
Tiba sahaja bulan 9 , Meerul dan para pemimpin MHS telah menyertai Kursus Kepimpinan Pelajar pada 21-22 september . Memang lah best tapi... bila nak tidur tu... dahla tidur atas pangkin besar yang paling teruk lagi Ketua Pengawas Meerul cakap ada sarang tebuan... Pehhh, nasib baik Meerul tidur lena malam tuu... Tapi kawan Meerul yang buat bising malam tu terpaksa mendengar dengkuran Meerul :D yelah dah penat... Pada bulan 10 pula, Meerul menyertai KASUMA iaitu Karnival Sukan Asrama... Meerul masuk Pertandingan Ping-Pong dan Catur... Pada mula Meerul memang tak reti langsung main catur . Selepas pertandingan itu, Meerul belatih bermain catur dengan rakan Meerul yang Pro bermain catur... Ok lah tu saja post untuk kali ni. Thanx sebab sudi baca. Assalamualaikum and Byeee~~~

No comments:
Post a Comment